Saturday, September 15, 2007

Annual report in School Magazine

Bulan Sabit Merah Malaysia Cogan Kata: SEDIA BERKHIDMAT

AHLI JAWATANKUASA TAHUN 2007-2008
Penaung : Pn. Ling Chai Ping
Guru Penasihat : Pn. Law Siew Kiew
En. Tang Tung Kwong
Ketua Utama Seksyen : Chua Jiawen
Setiausaha : Lau Siaw Jing
Bendahari : Hu Su Eng
Kuartermistress : Ng Pui Mun
Penolong Kuartermistress : Lau Siew Wei
Ketua Seksyen : Lim Peng Siew
Huong Siew Ching
Cherlyn Gan
Penolong Ketua Seksyen : Aaron Chua
Ling Jin Hee
AJK Hal-Ehwal : Akira Wong
Huong Yew Wei

Pada tahun 1971, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Unit Belia Tung Hua telah ditubuhkan. Dalam jangka masa ini, persatuan kami telah berubah daripada sebuah persatuan baru yang mentah kepada salah sebuah persatuan kokurikulum yang disegani ramai tidak kira dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Ahli-ahli persatuan sentiasa berpegang teguh pada motto iaitu SEDIA BERKHIDMAT. Persatuan kami telah mendapat anugerah UNIT BELIA TEBAIK bagi Chapter Sibu untuk 9 tahun berturut-turut, iaitu dari tahun 1989 hingga tahun 1997, 4 tahun berturut-turut dari tahun 1999 hingga tahun 2002 dan juga tahun 2004. Selain itu, unit kami telah mendapat anugerah UNIT BELIA TERBAIK bagi cawangan Sarawak pada tahun 1999.


AKTIVITI TAHUNAN 2007-2008

Januari
Merekrut Ahli Baru & Kursus Motivasi

Februari
Pemilihan AJK

Mac
Penjualan Bendera & Kem Cartoon

April
Annual General Meeting (AGM) & Pertandingan Pertolongan Cemas

Mei
World Red Cross Day & Lawatan

Jun
Kursus Orientasi & Mini Game

Julai
Pertandingan Kawad Kaki & Annual General Gathering (AGG) & Kebajikan

Ogos
Kem Kepimpinan & Kursus Bomba

September
Mass Exam & Pesta Tanglung

Oktober
Lawatan

November
Kebajikan

Disember
Kem Tung Hua


PERLANTIKAN AJK BARU DAN PENTADBIRAN

Ahli Jawatankuasa baru sebanyak 12 orang telah dilantik secara rasmi pada bulan April tahun ini. Mesyuarat mingguan kami diadakan setiap Sabtu kecuali pada cuti umum atau menjelang hari peperiksaan dari pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang di Blok 3 tingkat ketiga. Mesyuarat AJK diadakan dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Latihan kawad kaki dan pertolongan cemas merupakan aktiviti utama yang dijalankan setiap minggu. Permainan yang menyeronokkan juga diadakan untuk mengeratkan hubungan sesame ahli. Setiap minggu, ahli-ahli kami akan menderma secara murah hati yang dikenali sebagai “ Kutipan Kebajikan” kepada golongan yang kurang bernasib baik.


PENCAPAIAN DALAM PERTANDINGAN

Mac
Penjualan Bendera

April
Pertandingan Pertolongan Cemas

Mei
World Red Cross Day

Julai
Pertandingan Kawad Kaki Beramai-ramai

PENJUALAN BENDERA

Pada tahun ini, Unit Belia Tung Hua telah mendapat tempat kedua dalam aktiviti penjualan bendera. Kutipan wang didapati adalah kira-kira sebanyak RM20000.00. Kejayaan ini amat memuaskan kami dan kami akan berusaha lagi untuk memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang lagi.
Akhir lagi, persatuan kami ingin melafazkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pihak. Hati ikhlas yang ditonjolkan oleh setiap pihak dalam mengharungi rintangan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

SELAMAT MAJU JAYA


Lau Siaw Jing
Setiausaha BSMM 2007

No comments: